Enter your keyword

FASILITI

STUDIO RAKAMAN e-PEMBELAJARAN

Studio e-Pembelajaran UMTMOOC dirasmikan oleh Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi pada 1 Februari 2017. Studio e-Pembelajaran UMTMOOC yang lengkap dengan kemudahan teknologi ‘augmented reality’ (AR) dalam melahirkan graduan yang holistik serta mendepani cabaran teknologi yang semakin berkembang pesat menuntut para pensyarah untuk mengubah corak serta kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya lebih interaktif, berasaskan cabaran dan melibatkan pelajar secara aktif.

  1. Rakaman menggunakan Layar Hijau
    – Green Screen atau juga dikenali sebagai layar hijau sudah lama digunakan di Hollywood untuk memanipulasi background atau latar belakang dari objek utama. Dengan menggunakan layar hijau ini, objek utama (biasanya orang) boleh berada di mana-mana lokasi tanpa berada di lokasi sebenar.Teknologi yang digunakan adalah dengan menghilangkan latar belakang yang berwarna hijau tersebut dan menggantikan dengan gambar lain melalui software di komputer.
  2. Proses Penyuntingan Dilakukan Segera
    – Proses penyuntingan dapat dilakukan dengan cepat melalui penggunaan teknologi semasa yang ada di studio itu, contohnya penggunaan peralatan Anycast, yang membolehkan Rakaman video diperbagaikan dengan penambahan kesan-kesan visual.